Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan kakak serta abang Cawan telah ke Gua Tempurung, bersama kawan-kawan mereka. Tetapi sebelum itu, mereka minum-minum di sebuah kedai di Gopeng. Abang John dan abang Janggel pun ada bersama. Masing-masing bawak awek, tapi saya tidak kenal, kerana tidak pernah jumpa. Mereka ni kalau berjumpa je mesti nak gelak-gelak je. Saya paling suka bila semua kamera berkumpul diatas meja. Semua pun kamera besar-besar, kalau saya pergi ke USS nanti, kamera saya seorang saja yang paling kecil, sungguh memalukan. Saya nak cuba tanya kakak saya, boleh tak saya nak pinjam kamera dia kalau saya pergi USS nanti. Tapi saya takut saya tidak ambil gambar pula, saya takut asyik bermain saja nanti dalam USS itu nanti.
Selepas mereka selesai berjumpa, saya dan kakak dan abang Cawan dan kawan-kawan telah menuju ke Gua Tempurung. Saya sudah beritahu kakak saya, jaraknya dari kedai mimun tadi tidak jauh.
Tidak lama kemudian, kami telah tiba di gua tempurung. Apabila tiba di parking kereta, saya disuruh pula mengalas beg tangan kakak saya, sebab kakak saya kena bawak kamera, sebab abang Cawan malas nak ambil gambar.
Saya dan Kak Biqque bergambar dahulu sebelum masuk ke dalam gua. Tolong jangan kutuk saya pasal saya bawak beg tangan kakak saya. Saya malu sebenarnya, sebab warna beg tangan itu sama warna dengan baju saya. Nasib baik dalam gua gelap, jadi ramai orang mungkin tidak perasan saya bawa beg tangan perempuan.
Saya dan kakak Biqque lagi. Kakak Biqque kata dia semakin gemuk, mungkin dalam gambar ini disempat tahan nafas untuk mengempiskan perut dia, sebab itu perut dia nampak tidak buncit. Saya pula tidak sempat hendak tarik nafas, terus kakak saya ambil gambar dan sebab itu saya nampak buncit sikit. Tapi sikit je kan?
Tiket masuk ke Gua Tempurung juga murah. Kakak saya menyuruh saya memberitahu kawan-kawan dan cikgu di sekolah saya, supaya mereka membuat trip datang ke Gua Tempurung kerana murah.
Sebenarnya, saya penakut sikit orangnya. Saya takut masuk tempat gelap dan sunyi. Ini pertama kali saya masuk ke dalam gua. Saya takut apa-apa jadi pada saya nanti.
Saya tidak mungkin akan masuk ke dalam gua ini seorang diri, saya takut nanti batu-batu ini runtuh. Saya dengar abang yang bercerita tu kata ada dinding gua yang rapuh.
Sebenarnya saya sudah tidak ingat apa yang diceritakan pada hari itu, saya cuma ingat tempat angin lalu dan gambar monyet bawa kereta, dan lalu di kawasan kubur. Ketika lalu dikawasan kubur itu, saya telah menyuruh kakak saya jalan cepat-cepat, sebab takut nanti ada apa-apa, tapi kakak saya buat tidak tahu saja, dia masih lagi nak ambil gambar seorang di belakang. Kalau ada hantu tarik dia masuk dalam lubang gua, mesti tak sempat saya hendak selamatkan. Saya rasa dia saja hendak tunjuk berani la tu.
Abang yang bawa kami masuk itu cakap, kalau hendak turun ke bawah tu, kena ambil tour 3-4, sebab jalan tu menuju terus ke sungai, dan boleh bermain gelongsor. Tapi saya tidak kisah pun, sebab saya takut kalau ada pacat nanti. Saya mesti menangis.
Inilah kawasan laluan angin tu. Abang tu kata di sini paling banyak angin. Saya suka disini sebab rasa sejuk sikit. Peluh pun kering. Tapi dekat dengan kawasan kubur. Ada lubang juga ditepi laluan ini, tapi saya tidak berani mencuba masuk, walaupun abang itu cakap boleh masuk.
Saya rasa lama juga berada di dalam gua ini, sehinggakan saya berasa lapar. Apabila keluar saja, abang Cawan telah belanja pisang goreng untuk alas perut. Kemudian mereka bawa saya ke Taman Kanak-kanak di bandar Ipoh, untuk makan dan minum ABC makcik cina yang famous kata kakak Biqque tu. Saya telah order nasi ayam dan makan dengan seleranya.
Sekian. Terima kasih.
8 comments:
Haippp Icam ,,, tu awek ke tu wakakaka Kakak Koko dengan Kakak Masz tu blogger yang selalu baca blog icam letew, hahahahaha.
Pakai beg tangan sebijik kaler baju! Kelassss!!!
Cepat kire hari nak pegi USS!
tak pe cam.. kite serupa.. nnti kamera icam leh letak sblh kamera kakak cantekk okehhh!!..
Oiii budak, pegi CC bagitau mak ke tak?? jangan nak merempit di malam hari..
Tiket bas ke USS dah abis, sila naik lori..hahahah
chup, uni pun camera kecik jek. so sama ler kite. kuang kuang kuang...
ooo abang J&J ada awek yek... scandal!!!!
Icam,
akak (rasa muda bahasakan diri akak tau...)bukan awek sapa2 dlm blog ini...
tak pe kamera kecik..janji bila hambek gambar...ada skill, cantik aje jadinyer...
Haip!!! Aweksss!! Hihi malusssss....
Kita pernah jumpa larr Icam, makan kek birthday abg Janggel tetengah malam kat Kelana Jaya dulu :D
icam, kakak Biqque tu bukan sempat tahan nafas tapi dia sentiasa tahan nafas bila ada kamera di sekeliling. sila icam cuba berbuat begitu. mungkin icam juga tidak nampak buncit, walaupun sikit.
hahahahaha habis pecah rahsia kak biqque. semua orang sudah tahu. nanti icam jangan malu bergambar lagi dengan kak biqque. akan kak biqque ajar icam teknik2 mengempiskan perut di dalam gambar.
sekian. terima kasih.
Post a Comment