Friday 30 December 2011

Saya Balik Kampung

Hari ini, hari terakhir saya di KL. Petang ini, saya akan bertolak balik ke Ipoh bersama kakak saya. Sekolah pun tidak lama lagi akan dibuka.

Disebabkan di rumah saya di Ipoh nanti tidak ada internet, jadi susah sikit saya hendak tulis blog. Kalau saya rajin dan ada benda saya nak tulis, saya akan pergi ke cyber cafe.

Saya akan tulis lagi pasal cerita saya berjalan jika kakak saya setuju bawak saya ke USS bersama dia. Boleh tak tolong doakan supaya kakak saya itu jadi baik hati dan belanja saya ke USS nanti?


Ok selamat tahun baru 2012.
Babaiiiii

Tuesday 27 December 2011

Saya di Port Dickson

Saya tengah tengok KL Gangster sekarang ini. Saya suka betul cerita tu. Saya paling suka watak Jai dan Ajib. Dah berpuluh kali saya tengok cerita ini, memang tidak jemu langsung dan saya sudah boleh hafal dialog mereka. Abang Cawan pun sudah hafal, kadang-kadang kami buat-buat berlakon jadi gangster.

Kakak saya cakap tadi, ramai yang sudah bertanya bila saya hendak menulis blog lagi, sebab itulah dari tadi dia asyik bising-bising dengan saya suruh tulis cerita sambungan Melaka hari itu. Dia tiada kerja lain agaknya, asyik hendak tengok blog je. Tapi entry kali ini, kakak saya tidak mahu menolong saya menulis, dia juga melarang saya meniru blog dia, gambar pun saya tidak boleh ambil yang serupa dalam blog dia, dia kata dah cop dulu..hahahaha. Mungkin saya patut baiki camera saya yang sudah rosak tu, untuk dibawa pegi berjalan, nanti tidaklah kakak saya risau gambar dia dicuri saya hihihihi

Ok saya hendak sambung cerita saya di Port Dickson hari tu..

Sebenarnya saya masih tidak tahu ke mana hala tujuan kakak dan Abang Cawan, sebab mereka selalu tipu saya. Hari tu mereka kata nak bawa saya pergi kenduri orang kahwin di Pulau Pinang, tapi rupa-rupanya mereka nak bawa saya ke Langkawi, sampai saya menangis sebab tertingal selimut busuk saya. Sedih betul. Tapi saya suka, sebab dapat tidur hotel dan jalan-jalan..tapi saya tetap takut hendak naik feri ke Langkawi itu.

Bila tiba saja di tol Port Dickson, saya dah tahu, mereka hendak bawa saya ke sini, dan memang tiada salji di situ, melainkan di ICity. Saya pura-pura tidak paham. Sehingga tiba di hotel, saya tersengih, kakak dan abang Cawan tak habis-habis mengusik saya. Selepas daftar masuk, saya ajak mereka pergi ke kolam renang. Tapi malang sekali, sebab ramai sangat orang mandi di situ. Saya terus tidak mahu mandi. Kawasan pantai di hotel itu pula terlalu kecil, ombak pun tiada. Pantai apa macam tu kan? Selepas kakak saya dan abang Cawan berbincang bersama, mereka kata mandi esok je la di Teluk Kemang. Aktiviti untuk hari ini sudah habis. Malam nanti mereka cakap hendak belanja saya makan makanan laut.

Nampak tak pantai di situ sangat kecil. Tak muat kalau ramai-ramai nak mandi.

Ini hotel yang kami tingal hari itu. Nasib baik tiada hantu :))

Selepas magrib, kami keluar dari hotel dan menuju ke tempat makan yang kakak saya nak pergi tu. Jauh juga, saya pun tidak pasti dimana. Yang saya tahu, nanti karang, saya nak makan banyak, sebab saya sudah lapar. Kakak saya telah memilih sotong goreng tepung dan ikan siakap masak tiga rasa. Saya rasa sedap je. Tapi kakak saya diet, dia makan sikit saja, jadi nasi dia yang lebih itu, dia kasi dekat saya dan abang Cawan. Lepas tu saya dan abang Cawan minta nasi tambah lagi. Abang Cawan kata tak pe, order je, nanti kakak saya bayar, jadi saya order je la hihihihi. Sementara saya dan abang Cawan makan, kakak saya sibuk dengan camera. Saya pun tidak tahu gambar apa yang dia ambil malam-malam gelap macam tu. Nanti nampak hantu baru dia tahu!

Kan saya dah kata, kakak saya tak berapa betul. Tengok saja gambar ini. Apa yang dia tangkap saya pun tak tahu. Abang Cawan saya, memang sudah malas melayan kakak saya, saya lagi la malas hihihihi

Bila dah kenyang, kami balik semula ke hotel. Mula-mula kakak saya nak ajak jalan-jalan di Teluk Kemang, tapi hujan malam itu, jadi tidak jadi pergi jalan-jalan. Bila sampai hotel, kakak saya sambung lagi ambil gambar. Saya dan abang Cawan tengok tv cerita Mission Impossible sampai tertidur, saya tidak tahu apa yang terjadi pada kakak saya malam itu.

Keesokkan paginya, saya dikejutkan untuk pergi bersarapan. Saya rasa makanan di hotel ini macam biasa je. Telur dadar kakak saya buat lagi sedap berbanding di hotel ini hihihihi.

Selepas makan, kami terus pergi ke Teluk Kemang. Kakak saya tidak sabar nak bawak Aqilah mandi laut, dia beli pelampong untuk Aqilah. Saya pun teringin juga, tapi saya malu nak mintak, sebab saya dah besar. Sebenarnya saya tidak tahu berenang dan takut air. 

Tengok Aqilah itu menangis terjerit-jerit. Bukan dalam pun, itu pun nak takut. Dah la ada pelampong. Bagi saya je la pelampong tu pun bagus hehehe.

Kakak saya, pada mulanya, malu dan segan hendak mandi. Penat abang Cawan saya ajak. Tapi lama-lama sebab agaknya dia lihat saya dan abang Cawan seronok bermain air, terus dia terjun ke laut, tanpa diundang. Abang Cawan cakap kakak saya tu memang macam itu, mula-mula malu-malu kucing, lepas itu dia yang lebih-lebih.

Saya tidak tahu berapa lama saya mandi di Teluk kemang, tapi rasa macam lama saja. Lepas mandi kami balik ke hotel dan bersiap-siap, mulanya nak ke zoo kot, lepas itu tak jadi, sebab hujan, jadi kakak dan abang Cawan ajak balik ke KL saja. Perjalanan kami ke KL sangat lama, kerana lebuh raya ke KL sangat jem. Dan akhirnya selepas 2 jam, kami tiba di KL, tapi sebelum itu, kakak saya belanja makan satay Kajang Haji Samuri. Emm saya suka..rezeki jangan di tolak :)


Tamat sudah cerita saya. Jangan suruh saya update lagi. Tunggu cerita saya pergi ke USS (itupun kalau kakak saya baik hati hendak bawa saya)..bye bye


Monday 26 December 2011

Saya di Red Square Melaka

Jumaat lepas saya dijanjikan oleh kakak saya untuk pergi bercuti. Tapi destinasi tidak diberitahu. Macam nak buat suspen la untuk saya. Saya disuruh bawah baju sejuk, konon-konon ada salji tebal dekat tempat itu nanti. Tapi saya tertingal baju sejuk dirumah, dan saya risau la kalau betul-betul ada salji tebal.

Tapi rupa-rupanya, mereka saja je tipu-tipu saya. Rupanya mereka nak ke Melaka, sebab kakak saya gila nak beli dodol melaka yang kecil-kecil tu. Saya ikut sajalah, dah mereka nak bawak.

Saya terpaksa menjadi assistant mereka, beg camera saya pikul, sebab tu muka saya begitu :p

Selepas beli dodol 3 segi tu, kami bertiga dan Aqilah (naik stroller), pergi jalan di kawasan sekitar, dekat bangunan merah-merah tu..Katanya itu Red Square, macam tempat peninggalan Dutch dulu kala..

Disebabkan kakak saya gila nak berfotographi, walaupun cuaca mendung, saya dan abang Cawan terpaksa mengikut karenah gila dia, kalau tidak, dia tak nak belanja makan..Kakak saya memang kejam.. Dah la tak dapat naik river cruise tu, sebab tutup sementara pegi sembahyang Jumaat, jadi terpaksa cancel.

Ada gaya jejaka idaman satu Malaysia tak? Saya yang baju belang-belang tu. Abaikan abang Cawan saya tu. Saya bukan kena angkat beg camera saja, tetapi kena sorong stroller Aqilah juga. Abang Cawan rileks je, dia kata jadi driver tak boleh buat benda lain dah..saya bersabar je la, nak makan free la katakan..

Dah puas berjalan di belakang lorong tu, akhirnya kami berhenti sekejap makan cendul, di Jam Besar, ala yang jam warna merah tu, dekat bangunan merah2 tu. Tapi saya makan ABC, mereka makan cendul. 

Saya suka tengok BECAMAN ni, lain dari yang lain. Sapa naik boleh jadi batman juga.

Lepas jalan-jalan di Red Square tu, kami terus meninggalkan Melaka, sebab nak ke Port Dickson pula. Saya seronok, sebab saya tidak pernah pergi ke Port Dickson lagi. Kan saya dah kata kakak saya gila, dia sanggup pegi ke Melaka semata-mata dodol, saya pun tak paham, kalau dia ajak pegi main taman tema air A'Famosa pun seronok juga.

Ok nanti saya tulis pasal di Port Dickson pula.



Saya di Jom Heboh


Saya sedang mengintai apa yang ada dalam Evo ni..macam bagus je..bagus ke?

Sarapan saya di Jom Heboh pagi tu...percuma sapa yang tak nak kan? kalau amik 3 kali, bersamaan dengan sebungkus maggi mee..emm jimat..jimatttt..