Friday 3 January 2014

Di Pulau Pinang


Pada pagi isnin,saya dan kakak saya mengemas beg masing-masing untuk pergi ke Pulau Pinang.Pada pukul 8.30 pagi,kak Byya mengambil saya dan kakak saya untuk pergi ke Pulau Pinang.Pada pukul 9.00 pagi kami telah memasuki lubuhraya utara-selatan.Selepas melalui toll,kami singgah sekejap di R&R Restaurant Sg. Buloh kerana abang John dan Janggel telah menunggu kami agar lama di situ.

Pada pukul 11.45 pagi,kami telah keluar di persimpangan Simpang Pulai untuk mengambil kak Masmona .Setelah sampai di rumah kak Masmona,kami dihidangkan dengan makanan seperti nasi lemak,nasi goreng dan kek cawan.Selepas makan kami menyambung perjalanan kami ke Pulau Pinang.Sebelum menyambung perjalanan, kami berhenti di sebuah stesen minyak.Perjalanan kami mengambil masa 1jam 30minit.Kami sampai di Pulau Pinang pada pukul 1.30 tengah hari.Apabila sampai kami terus pergi makan di warong  ikan bawal goreng panas panas yang berdekatan dengan terminal feri,Tetapi saya tak tahu nama kedai itu yang betul.

Selepas makan,kami terus ke George Town dengan menaiki feri tetapi terdapat banyak kenderaan yang menunngu feri.Setelah 20minit kami mengambil keputusan untuk menyebarangi jambatan Pulau Pinang dan kami terus ke Muzium Perang di Bayan Lepas
 
Bom zaman dulu

Setelah beberapa jam di Muzium Perang kami terus pergi ke Balik Pulau untuk makan laksa janggus yang famous sangat,tetapi biasa biasa je.Seterusnya,kami semua terus ke homestay di Air Itam yang berdekatan dengan Bukit Bendera dan tokong patong buddha besar....saya tidak tahu nama sebenar tokong tersebut.Apabila sampai di homestay kami menunggu tuan homestay itu sampai.Apabila tuan homestay itu sampai dia menyerahkan kunci kepada kakak saya.Yang paling kelakar sekali ialah taun itu cakap kat ababg John "AWAK MELAYU KAN" sebab abang John tidak faham cakap tuan homestay itu .                                                              

Pada malam tersebur,kami semua pergi ke Nasi Kandar Beratur yang berdekatan dengan Jalan Masjid Kapitan Keling.Kami semua mengambil masa 40minit untuk mendapat makanan kami.
Selepas makan kami semua pulang ke homestay kerana masing masing sudah keletihan .

Pada keesokkan hari nya,kami semua ke Taman Negara Pulau Pinag tetape aban John tidak dapt pergi kerana dia kerja.Kami mengambil masa 45minit untuk sampai ke jetty Taman Negara.Setelah sampai kakak saya bertanya kepada orang di situ berapa harga satu bot yang berharga RM160...Selepas itu kami menunggu bot kami sampai.


 Setelah mengambil masa 25minit kami sampai di Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut.Apabila sampai kami semua mengambil gambar sana sini dan macam macam.


 Selepas itu kami pulang ke homestay untuk berehat kejap.Pada petang itu kami semua pergi ke George Town untuk mengambil gambar.




Pada malam itu kami pergi makan pasembor dan pergi night market.

Wednesday 4 December 2013

Handphone baru

Pada bulan lepas,saya mencari kerja untuk membeli phone yang baru kerana phone lama dah rosak.Ini adalah pekerjaan pertama saya.Saya melakukan kerja catering kat taman saya.Gaji yang diberi ialah RM45 hingga RM80 untuk satu catering .Saya telah pergi catering sebanyak 8kali .Seperti org kahwin,jamuan hari raya dan sebagainye.Hari pertama saya kerja ialah hari jadi saya iaitu 10 ogos.

Mula-mula membuat kerja itu sangat susah kerana mengangkat barang yang berat dan kene susun pinggan ,cawan dan lain-lain lagi.Selepas beberape kali saya membuat kerja ini, saya sudah biase.

Selepas 2bulan saya kerje saya telah mendapat dalam RM400 atau lebih sebab saya telah bebelanje sekolah dan tambang bas pekan.

 Selepas menerima gaji tersebut saya menyimpan duit tersebut ke dalam akaun saya.Selepas beberapa minggu saya pergi ke kedai phone sebab nak tengok phone yang berharga murah.

Esoknye,saya keluar kan duit dalam RM280 untuk membeli phone baru.Setelah saya tengok phone saya telah memilih SAMSUNG GALAXY YOUNG sebab harga nye ialah RM255 sebab campur dengan screen protecter.


Pengembara Tumpangan
Selepas membelinye saya telah install facebook,camera360,whatsapp dan lain -lain lagi.Saya telah mengguna phone ini hingge ke hari ini.......
Itulah cerite pasal phone saya .........

Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Selamat Hari Kemerdekaan...............................kalau ade duit raye baru saya datang.okayy


Wednesday 5 December 2012

Burpday @ Rumah Idaman

                                                                               Saya tak percaya yang semua orang masuk YOUTUBE tak percaya langsung

Malaysia Boleh

Hello semua orang yang berada di Kuala Lumpur selamat malam dan selamat siang semua .Abang, kakak, pak cik dan mak cik sekalian tengah buat apa itu. Abang, kakak, pak cik dan mak cik semua sokong "MALAYSIA" tak,  saya amat menyokong kerana saya orang "MALAYSIA" hahahahahaha. Saya harap  semua sokong "MALAYSIA" tau. JANGAN tak sokong,  sebenarnya saya tengah bosan ni.

Monday 28 May 2012

Saya Di Kuala Lumpur

Hello semua yang berada di KL buat apa tu.Semuanya sihat-sihat ke kalau tak sihat pergi Hospital yang berdekatan dengan rumah anda.Bila kita nak berjumpa lagi .Minggu ini semua orang pergi mana kalau nak pergi ajak Yona sekeluarga dan saya

Tuesday 10 April 2012

Saya Dah Lama Tidak Tulis Blog

Saya rasa saya sudah lama tidak tulis blog. Saya sibuk pergi sekolah. Lagi pun cerita singapura saya tidak habis lagi, kerana gambar semuanya pada komputer kakak saya.

Saya tidak tahu mahu tulis apa. Tapi saya terjumpa gambar ini. Tiba-tiba saya terasa seperti mahu makan Keni Roger. Dalam gambar ini, kakak saya yang belanja, makan di Festival city dekat rumah kakak saya.

Persoalannya di sini, bilakah kakak saya mahu balik Ipoh. Kerana saya nak suruh dia belanja saya makan keni roger. Dan saya nak ambil magnet dan mainan yang abang Cawan beli di Jepun. Saya tidak sabar.