Wednesday 5 December 2012

Burpday @ Rumah Idaman

                                                                               Saya tak percaya yang semua orang masuk YOUTUBE tak percaya langsung

Malaysia Boleh

Hello semua orang yang berada di Kuala Lumpur selamat malam dan selamat siang semua .Abang, kakak, pak cik dan mak cik sekalian tengah buat apa itu. Abang, kakak, pak cik dan mak cik semua sokong "MALAYSIA" tak,  saya amat menyokong kerana saya orang "MALAYSIA" hahahahahaha. Saya harap  semua sokong "MALAYSIA" tau. JANGAN tak sokong,  sebenarnya saya tengah bosan ni.

Monday 28 May 2012

Saya Di Kuala Lumpur

Hello semua yang berada di KL buat apa tu.Semuanya sihat-sihat ke kalau tak sihat pergi Hospital yang berdekatan dengan rumah anda.Bila kita nak berjumpa lagi .Minggu ini semua orang pergi mana kalau nak pergi ajak Yona sekeluarga dan saya

Tuesday 10 April 2012

Saya Dah Lama Tidak Tulis Blog

Saya rasa saya sudah lama tidak tulis blog. Saya sibuk pergi sekolah. Lagi pun cerita singapura saya tidak habis lagi, kerana gambar semuanya pada komputer kakak saya.

Saya tidak tahu mahu tulis apa. Tapi saya terjumpa gambar ini. Tiba-tiba saya terasa seperti mahu makan Keni Roger. Dalam gambar ini, kakak saya yang belanja, makan di Festival city dekat rumah kakak saya.

Persoalannya di sini, bilakah kakak saya mahu balik Ipoh. Kerana saya nak suruh dia belanja saya makan keni roger. Dan saya nak ambil magnet dan mainan yang abang Cawan beli di Jepun. Saya tidak sabar.

Wednesday 8 February 2012

Saya di Universal Studio Singapura

Penat saya belum hilang, tapi kakak saya suruh saya update blog juga, katanya kena siap sebelum saya balik Ipoh.

Ok mari sini semua, saya hendak bercerita pasal saya pergi ke Universal Studio Singapure.

Saya dan semua rombongan telah ke Singapura menaiki kereta. Kami bertolak pada lewat malam 6 February. Kami semua telah berjanji mahu berjuma di R&R Seremban, tetapi ada yang sudah terlepas sampai ke Senawang. Jadi kami semua terus tunggu di Senawang, tapi abang John dan penumpang kereta mereka yang paling lewat sekali, penat kami semua menunggu mereka, mungkin mereka tersalah jalan atau tidak tahu jalan. Lain kali sebelum pergi berjalan tolong lihat peta di google map, suapaya tidak salah jalan dan sesat hihihi

Saya sempat tertidur beberapa kali ketika abang Cawan memandu ke Johor, tapi kakak saya yang duduk dibelakang tidur paling lama.

Apabila sudah tiba di stesen bas Johor itu, kami semua telah menaiki bas untuk ke Singapura, tetapi kena naik bas sampai 3-4 kali, lepas itu kena kejar-kejar bas pula. Saya tidak pernah mengalami turun naik bas dan kejar-kerja begitu. Dah la kena berdiri pula tu, kerana bas penuh. Kenapa orang Singapura hendak berbuat begitu? Bila tiba di imigresen saya takut sikit, sebab orang itu minta IC saya, dan mukanya garang, tapi nasib baik saya berjaya masuk singapura.

Kemudian bila sudah sampai di Singapura, kami menaiki MRT menuju ke Harbour Front. perjalanannya sangat lama, saya pun sudah tidak larat berdiri.

Apabila tiba di stesen harbour front, kami telah makan pagi di Vivo city, ada food court di situ. Saya ingatkan tiada masakan melayu di Singapura, tapi nasib baik ada, jadi saya makan nasi dan ayam goreng, harganya saya tidak ingat, sebab kakak saya yang bayarkan. Rasa makanannya macam di Malaysia juga. Sebelum makan, saya telah ke tandas, tapi saya hairan kenapa tiada air, saya hendak berak pun susah, kena bawa botol. Orang Singapura masuk tandas tidak basuh bontot mereka ke? Kesian betul, nanti berulat baru tahu.
Kemudian kami naik ke atas Vivo city untuk menaiki monorail pergi ke Universal Studio.

Sekejap sangat naik monorail, lepas itu sudah turun sampai sudah ke Universal Studio. Saya lihat cuaca dan suhu di Singapura sama macam di Malaysia saja. Bila lah agaknya saya berpeluang merasa negara yang sejuk dan ada salji. Nanti ajak saya tau kalau semua orang nak pergi hihihihi


Saya sangat gembira kerana telah tiba di USS, lihat saya tersenyum itu. Nanti saya hendak print gambar saya di USS untuk letak di album di Ipoh supaya kawan saya dapat tengok saya telah adtang ke USS.

Orang sangat ramai pada pagi itu, tapi saya sempat juga bergambar bersama kakak saya di bumi yang besar itu. Bukan saya sahaja yang darat mahu bergambar di situ, abang John pun darat juga hihihihi

Saya sangat teruja dapat datang ke USS, saya tidak pernah melihat benda macam ini di Genting Highland. Di sini lebih cantik dan banyak benda untuk saya lihat. Kereta polis ini pun saya tidak pernah jumpa di mana-mana, dalam cerita orang putih adalah.


Saya sebenarnya teringin hendak masuk dan duduk dalam teksi ini, tapi saya tengok pintu teksi ini tidak boleh dibuka. Kan ke bagus kalau teksi di Malaysia cantik macam ini.

Di dalam sini ada macam pertunujukkan macam cara-cara buat filem. Saya sangat suka, sekarang baru saya tahu macam mana mereka buat angin ribut, rupanya dalam tv tu semua dalam set sahaja. Dalam studio itu juga ada api, saya terasa bahangnya, saya paling terkejut bila ada besi mahu jatuh ke arah penonton.

Ini pula adalah permainan transformers. Dan saya paling suka dengan permainan ini. Sesiapa pun kena cuba ini, sebab sangat menyeronokkan. Saya rasa hendak main ini banyak kali. Walaupun kena naik sorang-sorang, tapi saya rasa seronok, lagi pun saya dapat duduk di hadapan sekali.
Saya paling suka masa kereta itu jatuh ke bawah dari bangunan tinggi, saya rasa macam saya yang jatuh, saya ada menjerit sikit hihihi. Saya tidak tahu hendak beritahu kawan saya macam mana tentang permainan ini, sebab susah hendak diceritakan. Biarlah mereka pergi sendiri.

Selepas itu, kami semua pergi ke permainan The Mummy, saya sebenarnya sangat takut masuk dalam tempat gelap, lagi pun mummy itu kan hantu macam zombi, sebab itu la saya takut sikit. Saya juga takut ketika hendak melintas seorang perempuan gemuk dengan rambutnya menutup muka, dia diam saja disitu, saya rasa dia macam kena rasuk. Ketika saya lalu ditepi dia, saya cepat-cepat jalan sebab takut dia pegang saya.

Permaianan the Mummy juga sangat seronok, saya menjerit-jerit ketakutana, lagi pun gelap dan sangat laju. Walaupun dalam gelap, saya masih tutup mata saya hihihi. Tapi yang ini sangat mencabar, sebab saya tidak dapat lihat laluan permainan itu, tapi boleh rasa dia bergerak ke kiri, kanan, depan atau belakang.
Semua orang kepenatan sebab menjerit, jadi mereka duduk bersila di tepi the mummy tu. Kak Lily dan kak Byya tidak naik, saya rasa mereka penakut hihihi

Mereka ini semua seperti budak-budak, dan mereka tidak malu bergambar terlompat-lompat dihadapan orang ramai. Tengok saya seorang saja yang paling cool sekali. Mereka ini semua seperti tidak pernah bergambar..kesian..
Ini pun sama juga, mereka tidak jemu-jemu mencuba bermacam-macam aksi, semuanya macam orang gila, saya cuma tersenyum saja, sebab saya malu. Tapi tengok muka abang John itu, kenapa muka macam itu? hihihihi
Itulah padahnya bila menjerit kuat-kuat dan bergambar terloncat-loncat, kan dah penat kak Biqque. Jadi kami makan dulu di situ, makanannya macam KFC, boleh tahan sedap, tapi kakak saya kata harga mahal.

Ini pula Waterworld. Ini pun saya suka. Pada mula-mula masuk ke sini, saya hendak duduk di depan sekali, tapi abang Cawan saya panggil saya duduk di kerusi warna coklat. Saya bernasib baik, kalau tidak saya pun basah macam abang Janggel dan lain-lain. Padan muka meraka, tak payah mandi dalam almari hihihihi.

Pertunjukan ini lama juga, saya suka tengok aksi-aksi yang mereka buat, jetskin dan kapal terbang pun ada, bom pun ada banyak. Saya ada buat video, tapi nanti saya kasi tengok.

Ini istana Shrek kot. Cantik. Kenapa istana negara kita tidak macam ini? Kan cantik.
Saya terjumpa shrek dan kekasih dia. Dua-dua gemuk. Saya tak minat sagnat. Jadi kakak saya yang tolong amik gambar.

Kami cuma lalu saja di kawasan Madagascar, kerana permainannya cuma biasa-biasa saja.

Saya sedang beratur hendak menaiki dragon. Dragon ini sama seperti di Genting.

Yang ini saya tidak naik, cuma kak Biq dan lain-lain saja naik, saya tunggu dibawah, sebelum itu saya naik Rapid Adventure, tapi tiada gambar, sebab kakak saya dan abang Cawan telah tingalkan saya untuk pergi berjalan ke tempat lain, jadi saya ikut abnag John dan lain-lain untuk bermain rapid adventure itu. Dan saya sangat suka, walaupun basah lenjun. Tapi best. Saya rasa nak naik lagi, tapi beraturnya sangat lama.
Lebih kurang pukul 7 baru saya dan yang lain-lain keluar dari USS, dan pergi ke Vivo city untuk berjumpa abang Cawan dan kakak saya dan kak lily dan lain-lain. Kemudian kami makan di sana.

Selepas itu semua orang mahu balik ke hotel. Saya tidak tahu dimana lokasi hotel itu, tapi lama juga saya berjalan , sejauh 1.1km. Kenapa la mereka tidak cari hotel yang dekat saja, dekat sebelah USS ke, tak la kaki saya sakit.

Bila tiba di hotel itu, saya lihat ada banyak katil. Saya tahu kami semua tidur di dalam asrama, kerana kakak saya kata trip ini budget saja, saya tidak kisah. Cuma saya terkejut tengok bilik air dia, cuma sebesar almari. Mula-mula saya ingatkan almari. Nasib baik saya sudah menguruskan badan saya sedikit, kalau tidak, mesti saya tidak muat untuk masuk mandi di dalam bilik air almari itu hihihi. Selepas mandi, saya panjat katil saya, saya tidur di bahagian atas, saya cuma dengar mereka bersembang, lepas itu saya terus tertidur.

Ok tamat cerita USS saya, nanti saya update lagi cerita pasal saya berjalan di sekitar Singapura. Tunggu tau!

Friday 3 February 2012

Saya di Siber Kafe

Saya sekarang berada di siber kafe. Kakak saya kata ada ada orang ajak saya masuk group untuk ke USS. Jadi saya telah meminta emak saya dua ringgit untuk pergi melihat facebook saya. Tapi bila saya masuk, tidak ada apa-apa. Mungkin abang John tersalah orang masa dia ajak itu.

Esok saya akan berangkat ke KL bersama emak saya menaiki keretapi pukul 10.30 pagi, saya akan tiba di KL sentral pada pukul 1.30 tengah hari. Saya sudah kemas beg dan paspurt pun sudah masuk beg. Ada sesiapa yang mahu jemput saya di KL sentral nanti hehehehe??

Pada malam hari pula, kakak saya beritahu saya ada aktiviti untuk ke disco untuk meraikan percutian ke USS. Saya kena ikut katanya, sebab masuk percuma untuk malam itu saja. Saya tidak berani beritahu emak dan abah saya, sebab saya bawak umur. Kakak saya kata tidak mengapa, nanti dia tolong cover saya. Saya berdebar-debar, saya berharap tidak akan terjadi apa-apa nanti.

Hari ini saya masuk sekolah lambat sikit, sebab ada sembyang Jumaat. Jangan tak sembahyang Jumaat tau. Byeee

Friday 20 January 2012

Saya dan Kasut Baru


Ini kasut baru saya. Yona telah belanja saya kasut baru. Abang Cawan cakap, pergi ke Singapura tidak boleh pakai seliper, nanti kena tahan polis, jadi saya beritahu abang Cawan dan Yona saya tidak ada kasut yang cantik. Yona pun terus belanja kasut untuk saya.

Saya tidak minta Nike atau Adidas, sebab sangat mahal. Yona cakap, kalau mahu kasut mahal, kena beli sendiri. Yang ini murah saja, sebab itu dia beli. Yona cakap, yang penting saya sampai ke Singapura, tidak kisah kasut brand apa sekali pun. Jenama kasut saya ialah POWER. Mesti saya power nanti.

Saya sudah tidak sabar mahu ke USS. Saya rasa berdebar-debar juga kadang-kadang. Kawan saya tidak percaya saya mahu ke USS. Nanti saya mahu ambil gambar banyak-banyak dan tunjuk pada mereka, baru mereka tahu, padan muka mereka hihihi.

Selamat hari raya cina.



Friday 13 January 2012

Saya Mencari Duit Belanja untuk USS

Saya sudah buat passport beberapa hari yang lalu. Passport saya siap sekejap saya. Caranya sungguh mudah. Nasib baik tidak ramai orang di pejabat imigresen itu. Saya sudah tidak sabar lagi.

Saya masih lagi mencari duit lebih. Kakak saya yang nombor dua itu suruh saya tolong dia menjual baju bayi. Tapi saya tiada kawan yang sudah ada anak. Kakak saya cakap, kalau saya tolong jual baju bayi itu, dia akan kasi saya upah untuk saya belanja di USS. Kakak saya itu jual baju di sini ekiddoscloset. Cuba
tekan situ tau.




Saya berharap adalah orang nak beli baju bayi dia itu, supaya saya dapat duit upah. Ada sesiapa yang sudah ada anak? Pergi la beli baju di ekiddoscloset. Kakak saya kata murah.

Bye bye.

Monday 9 January 2012

Saya Ada Berita Gembira

Semalam kakak saya telah menghantar sms kepada saya. Dia tanya saya mak kasi saya pergi ke Singapura ke tidak. Saya beritahu mak cakap boleh. Kakak saya cakap dia hendak beli tiket ke USS. Saya sangat seronok, sebab itu saya tulis blog ini.

Kakak saya suruh saya buat passport minggu ini. Saya akan ajak mak saya pergi buat secepat mungkin.
Saya rasa macam bermimpi, saya sudah tidak sabar lagi hi hi hi hi. Tapi saya kena kumpul duit sedikit, abang Cawan cakap di Singapura mahal, saya kena beli makanan sendiri dan bayar duit keretapi di sana nanti, bukan semua percuma.

saya tidak tahu hendak tulis apa lagi, saya tumpang internet di rumah kawan saya ini..bye bye

Thursday 5 January 2012

Saya di Gua Tempurung

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan kakak serta abang Cawan telah ke Gua Tempurung, bersama kawan-kawan mereka. Tetapi sebelum itu, mereka minum-minum di sebuah kedai di Gopeng. Abang John dan abang Janggel pun ada bersama. Masing-masing bawak awek, tapi saya tidak kenal, kerana tidak pernah jumpa. Mereka ni kalau berjumpa je mesti nak gelak-gelak je. Saya paling suka bila semua kamera berkumpul diatas meja. Semua pun kamera besar-besar, kalau saya pergi ke USS nanti, kamera saya seorang saja yang paling kecil, sungguh memalukan. Saya nak cuba tanya kakak saya, boleh tak saya nak pinjam kamera dia kalau saya pergi USS nanti. Tapi saya takut saya tidak ambil gambar pula, saya takut asyik bermain saja nanti dalam USS itu nanti.

Selepas mereka selesai berjumpa, saya dan kakak dan abang Cawan dan kawan-kawan telah menuju ke Gua  Tempurung. Saya sudah beritahu kakak saya, jaraknya dari kedai mimun tadi tidak jauh. 


Tidak lama kemudian, kami telah tiba di gua tempurung. Apabila tiba di parking kereta, saya disuruh pula mengalas beg tangan kakak saya, sebab kakak saya kena bawak kamera, sebab abang Cawan malas nak ambil gambar.

Saya dan Kak Biqque bergambar dahulu sebelum masuk ke dalam gua. Tolong jangan kutuk saya pasal saya bawak beg tangan kakak saya. Saya malu sebenarnya, sebab warna beg tangan itu sama warna dengan baju saya. Nasib baik dalam gua gelap, jadi ramai orang mungkin tidak perasan saya bawa beg tangan perempuan.

Saya dan kakak Biqque lagi. Kakak Biqque kata dia semakin gemuk, mungkin dalam gambar ini disempat tahan nafas untuk mengempiskan perut dia, sebab itu perut dia nampak tidak buncit. Saya pula tidak sempat hendak tarik nafas, terus kakak saya ambil gambar dan sebab itu saya nampak buncit sikit. Tapi sikit je kan?

Tiket masuk ke Gua Tempurung juga murah. Kakak saya menyuruh saya memberitahu kawan-kawan dan cikgu di sekolah saya, supaya mereka membuat trip datang ke Gua Tempurung kerana murah. 

Sebenarnya, saya penakut sikit orangnya. Saya takut masuk tempat gelap dan sunyi. Ini pertama kali saya masuk ke dalam gua. Saya takut apa-apa jadi pada saya nanti.

 Saya tidak mungkin akan masuk ke dalam gua ini seorang diri, saya takut nanti batu-batu ini runtuh. Saya dengar abang yang bercerita tu kata ada dinding gua yang rapuh.

Sebenarnya saya sudah tidak ingat apa yang diceritakan pada hari itu, saya cuma ingat tempat angin lalu dan gambar monyet bawa kereta, dan lalu di kawasan kubur. Ketika lalu dikawasan kubur itu, saya telah menyuruh kakak saya jalan cepat-cepat, sebab takut nanti ada apa-apa, tapi kakak saya buat tidak tahu saja, dia masih lagi nak ambil gambar seorang di belakang. Kalau ada hantu tarik dia masuk dalam lubang gua, mesti tak sempat saya hendak selamatkan. Saya rasa dia saja hendak tunjuk berani la tu.


Abang yang bawa kami masuk itu cakap, kalau hendak turun ke bawah tu, kena ambil tour 3-4, sebab jalan tu menuju terus ke sungai, dan boleh bermain gelongsor. Tapi saya tidak kisah pun, sebab saya takut kalau ada pacat nanti. Saya mesti menangis.

Inilah kawasan laluan angin tu. Abang tu kata di sini paling banyak angin. Saya suka disini sebab rasa sejuk sikit. Peluh pun kering. Tapi dekat dengan kawasan kubur. Ada lubang juga ditepi laluan ini, tapi saya tidak berani mencuba masuk, walaupun abang itu cakap boleh masuk.

Saya rasa lama juga berada di dalam gua ini, sehinggakan saya berasa lapar. Apabila keluar saja, abang Cawan telah belanja pisang goreng untuk alas perut. Kemudian mereka bawa saya ke Taman Kanak-kanak di bandar Ipoh, untuk makan dan minum ABC makcik cina yang famous kata kakak Biqque tu. Saya telah order nasi ayam dan makan dengan seleranya. 

Sekian. Terima kasih.