Friday 3 January 2014

Di Pulau Pinang


Pada pagi isnin,saya dan kakak saya mengemas beg masing-masing untuk pergi ke Pulau Pinang.Pada pukul 8.30 pagi,kak Byya mengambil saya dan kakak saya untuk pergi ke Pulau Pinang.Pada pukul 9.00 pagi kami telah memasuki lubuhraya utara-selatan.Selepas melalui toll,kami singgah sekejap di R&R Restaurant Sg. Buloh kerana abang John dan Janggel telah menunggu kami agar lama di situ.

Pada pukul 11.45 pagi,kami telah keluar di persimpangan Simpang Pulai untuk mengambil kak Masmona .Setelah sampai di rumah kak Masmona,kami dihidangkan dengan makanan seperti nasi lemak,nasi goreng dan kek cawan.Selepas makan kami menyambung perjalanan kami ke Pulau Pinang.Sebelum menyambung perjalanan, kami berhenti di sebuah stesen minyak.Perjalanan kami mengambil masa 1jam 30minit.Kami sampai di Pulau Pinang pada pukul 1.30 tengah hari.Apabila sampai kami terus pergi makan di warong  ikan bawal goreng panas panas yang berdekatan dengan terminal feri,Tetapi saya tak tahu nama kedai itu yang betul.

Selepas makan,kami terus ke George Town dengan menaiki feri tetapi terdapat banyak kenderaan yang menunngu feri.Setelah 20minit kami mengambil keputusan untuk menyebarangi jambatan Pulau Pinang dan kami terus ke Muzium Perang di Bayan Lepas
 
Bom zaman dulu

Setelah beberapa jam di Muzium Perang kami terus pergi ke Balik Pulau untuk makan laksa janggus yang famous sangat,tetapi biasa biasa je.Seterusnya,kami semua terus ke homestay di Air Itam yang berdekatan dengan Bukit Bendera dan tokong patong buddha besar....saya tidak tahu nama sebenar tokong tersebut.Apabila sampai di homestay kami menunggu tuan homestay itu sampai.Apabila tuan homestay itu sampai dia menyerahkan kunci kepada kakak saya.Yang paling kelakar sekali ialah taun itu cakap kat ababg John "AWAK MELAYU KAN" sebab abang John tidak faham cakap tuan homestay itu .                                                              

Pada malam tersebur,kami semua pergi ke Nasi Kandar Beratur yang berdekatan dengan Jalan Masjid Kapitan Keling.Kami semua mengambil masa 40minit untuk mendapat makanan kami.
Selepas makan kami semua pulang ke homestay kerana masing masing sudah keletihan .

Pada keesokkan hari nya,kami semua ke Taman Negara Pulau Pinag tetape aban John tidak dapt pergi kerana dia kerja.Kami mengambil masa 45minit untuk sampai ke jetty Taman Negara.Setelah sampai kakak saya bertanya kepada orang di situ berapa harga satu bot yang berharga RM160...Selepas itu kami menunggu bot kami sampai.


 Setelah mengambil masa 25minit kami sampai di Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut.Apabila sampai kami semua mengambil gambar sana sini dan macam macam.


 Selepas itu kami pulang ke homestay untuk berehat kejap.Pada petang itu kami semua pergi ke George Town untuk mengambil gambar.




Pada malam itu kami pergi makan pasembor dan pergi night market.

Pada keesokkan hari nya,kami bersiap untuk mengemas beg masing masing untuk balik.Sebelum balik kami semua pergi makan roti canai banjir daging di George Town.Selepas makan kami pulang dengan menaiki feri.Itulah pengembaraan saya di Pulau Pinang.........




saya nak tanya soalan kepada abang John...kenapa abang tidak makan dengan tangan sebab icam tengok selalu makan pakai sudu dan garfu......cer jawab


5 comments:

just.HY said...

hellloo.. abang john ko ni fefeeling mat salleh asian tau! hahahaha haruslah makan dgn sudu garfu. nnt tangan berbau~ lol.

Ren said...

Hahahahahahahahhaa AWAK MELAYU KAN???? Gitew sangat john konon tak paham cakap melayu!

Poooodahhhhh.

Wah habis satu entry semua percutian!

Naramas Aman said...

Bestnya pengalaman Icam ke Penang. Icam suka tak nasi kandar dan roti canai tu?
Terima kasih sebab sudi berkenalan dengan saya hari tu.

masMZ KaKiJaLaN said...

Hah?!!! Habis dah semua dalam satu entri?!!! Omaiiii... tak puas lagi taw baca...

Kak Masmona tu sape? Macam nama artis je tau... Tak apalah... anggap je nama penyamaran lagi... Hahahahaa....

"Awak Melayu kan?" memang lawak!!!

Anash said...

hahaahah...
suka baca entry jujur cenggini.
ehheeheh